Sabtu, 29 Januari 2011

PELAN ETIQA WARISAN

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang mempunyai kelebihan dari segi  PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 55 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan PERLINDUNGAN jangka panjang sehingga usia 88 tahun dimana peserta mempunyai tiga pilihan sumbangan sehingga ke umur 55, 60 atau 65 tahun

Nisbah Agihan Sumbangan

Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )
1            0%                                                100%
2           10%                                               90%
3           50%                                               50%
4          75%                                                25%  dan seterusnya

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )

Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil anda atau hubungi kami dengan mengisi borang pertanyaan online di bahagian pertanyan
permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang melalui akaun ( AP )

Manfaat kematian

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Manfaat tambahan

Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-
  • Manfaat Hospital
  • Manfaat Pampasan Kemalangan
  • Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
  • Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )


Ciri ciri pelan
  1. Perlindungan beserta simpanan
  2. Perlindungan sehingga umur 88 tahun
  3. Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja
  4. Peruntukan bukan lucut hak melalui sumbangan Otomatik ( Non-Forfeiture Option in Automtic Contrubution )
  5. 3 pilihan tempoh sumbangan sehingga umur 55, 60 atau 65 tahun
  6. Tiada LIEN Juvana
  7. Manfaat kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh dilanjutkan kepada Juvana 

Maksud LIEN Juvana
Umur kanak kanak                     % Manfaat
1 tahun                                               20
2 taun                                                 40
3 tahun                                               60
4 tahun                                               80
5 tahun                                              100

Etiqa Takaful Berhad tidak mempraktikan sistem ini didalam pelan asas untuk kanak kanak. Oleh itu, jika kanak kanak tersebut meninggal dunia maka waris berhak mendapat 100% jumlah perlindungan yang disertainya

Contoh,
Peserta membuat sumbangan sehingga usia 55 tahun. Selepas usia tersebut beliau tidak perlu lagi membuat sumbangan kepada syarikat takaful dan beliau masih boleh mendapat manfaat kematian jika beliau meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan