Sabtu, 29 Januari 2011

PELAN ETIQA SARJANA

  1. Tujuan Plan ini ialah Perlindungan dan Pendidikan.
  2. Had umur penyertaan ialah 14 hari hingga 15 tahun HJAD.
  3. Tempoh Polisi ialah 5 thn hingga 25 thn.
  4. Umur matang ialah 25 thn.
  5. Amaun Sumbangan Minima RM 60.00 (asas sahaja)
  6. Tidak boleh digabung dengan Medic Saver Rider.
  7. Kaedah bayaran Tahunan,Setengah Tahun,Suku tahun dan bulanan


KELEBIHAN PRODUK SARJANA:
  1. Dengan menyertai RM 100 produk ini, pelanggan layak mendapat
  2. Anugerah Intelek untuk pelajar cemerlang sebagai galakkan anak belajar.
  3. UPSR darjah 6, jika berjaya mendapat 5A,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 500.00 wang tunai.
  4. PMR tingkatan 3, jika berjaya mendapat 8A,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 750.00 wang tunai.
  5. SPM tingkatan 5, jika berjaya mendapat 8A,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 1,000.00 wang tunai.
  6. STPM tingkatan 6, jika berjaya mendapat 5P,pelanggan akan dapat hadiah berjumlah RM 1,000.00 wang tunai.
  7. Hadiah ini boleh tuan/puan gunakan sebagai galakan anak belajar pandai dan ayah boleh belikan handphone atau Play Station jika anak berjaya mendapat kejayaan cemerlang.
  8. Jika berlaku musibah atau hilang upaya kekal ke atas anak, disebabkan oleh kemalangan atau tanpa kemalangan,eTiQa Takaful Berhad akan membayar Manfaat Perlindungan Pampasan sebanyak RM 75,000.00
  9. Jika anak masuk wad di mana-mana hospital,elaun Manfaat Hospital akan diberikan sebayak RM90.00 sehari.
  10. Jika masuk wad 10 hari, pelanggan akan dapat RM 900.00 elaun.Jika berlaku hilang upaya kepada pembayar,simpanan bulanan akan DILUNASKAN oleh Takaful sehingga anak berumur 25 tahun atau sehingga tamat tempoh polisi dalam Manfaat Pembayar.
  11. Manfaat Pendapatan Keluarga atau FIBR ( Family Income Basic Rider ).Manfaatnya jika pembayar hilang upaya, Takaful akan membayar pampasan RM 20,000 kepada penjaga atau waris anak.
  12. Simpanan anak apabila matang berjumlah RM 22,000.00 termasuk keuntungan jika tiada sebarang musibah berlaku dan sepanjang tempoh polisi, anak tuan/puan sentiasa dilindungi secara percuma.
  13. Tabung Khairat Kematian juga akan diberikan sebanyak RM 1,000.00 jika berlaku sesuatu musibah.
  14. Jika anak tuan/puan tuntut Manfaat Hospital,duit dalam akaun simpanan tuan/puan tidak akan berkurangan.


MANFAAT HOSPITAL - ( MH).
  1. Manfaat Hospital ini mula berkuatkuasa setelah 90 hari dari tarikh permohonan
  2. Untuk kes kemalangan pula, peserta akan dilindungi serta- merta setelah resit dikeluarkan walaupun baru sehari masuk Takaful.
  3. Tuntutan Manfaat Hospital mesti dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja.Semasa keluar wad, sila dapatkan discharge note yang ada catatan diagnosis penyakit dan isi borang tuntutan wad dipejabat.
  4. Bayaran manfaat hospital akan dibuat melalui cek kepada peserta.Tuntutan yang lebih RM 500.00 mesti ada laporan sakit. Proses cek 1 bulan.
  5. Minima tempoh masuk wad ialah 6 jam dan maksima sepanjang tahun,tuntutan boleh dibuat jika masuk mana-mana wad hospital di Malaysia.
  6. Jika masuk wad disebabkan bersalin, tuntutan tidak boleh dibuat.Jika tumpah darah atau mabuk mengandung, boleh tuntut separuh bayaran.
  7. Had maksima Manfaat Hospital ialah 10 % dari Sumbangan Asas Tahunan atau RM 300 sehari untuk dewasa dan RM 200 sehari untuk juvana, mana yg rendah. Diluluskan dan hanya melindungi peserta sehingga peserta berumur 60 tahun. Tempoh ini dipanggil tempoh bertenang.
  Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan

Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.

Manfaat Matang

Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
 

MANFAAT PEMBAYAR.
  1. Manfaat Pembayar ini hanya dilindungi sehingga umur anak 25 tahun atau sepanjang tempoh polisi dilindungi.
  2. Peserta akan dilindungi serta-merta apabila resit dikeluarkan dan jika pembayar hilang upaya, Takaful akan lunaskan sumbangan peserta dan jumlahnya mengikut baki sumbangan.


MANFAAT PENDAPATAN KELUARGA ( FIBR ).
  1. FIBR merupakan biasiswa kepada anak jika sesuatu berlaku kepada pembayar.
  2. Takaful akan memberi biasiswa atau FIBR ini sebanyak RM 20,000.00 kepada penjaga atau waris anak yang dilindungi.
  3. FIBR mula dilindungi bermula tarikh resit dikeluarkan.
  4. Tujuan FIBR ini diberikan ialah untuk menanggung kos pembelajaran anak.
  5. Jumlah wang RM 20,000.00 ini akan dibahagikan mengikut baki tahunan sehingga tamat tempoh perlindungan. Jika ada baki 10 tahun, setiap tahun anak akan mendapat FIBR sebanyak RM 2,000.00 setahun.
Husni Mansyur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan