Sabtu, 29 Januari 2011

PELAN ETIQA PRIMA

  1. Tujuan plan ialah pengeluaran setiap 3 tahun.
  2. Had umur penyertaan ialah 6 bln hingga 54 thn HJAD
  3. Tempoh polisi ialah 18,21,24,27,30 tahun.
  4. Boleh digabung dengan Medic Save Rider.
  5. Kaedah pembayaran ialah Tahunan,Setengah tahun,suku tahun dan Bulanan.



Kelebihan Produk Prima.
  • Jika pelanggan berumur 30 tahun dan mengambil polisi 30 tahun. Serta membuat sumbangan bulanan sebanyak RM 150.00
  • Jika pelanggan mengalami musibah atau hilang upaya kekal tanpa kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 24,000.00
  • beserta Manfaat Bertempoh berjumlah RM 22,000.00 dan jumlah keseluruhan ialah RM 46,000.00
  • Jika berlaku musibah atau hilang upaya kekal dengan kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 24,000.00
  • beserta Manfaat Bertempoh berjumlah RM 22,000.00 dan Manfaat Kemalangan sebanyak RM 22,000.00
  • Jumlah keseluruhan ialah RM 68,000.00

  • Dengan menyimpan RM 150.00 sebulan,jika berlaku Kemalangan, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 22,000.00
  • Dengan menyimpan RM 150.00 sebulan,jika berlaku Penyakit Kritikal, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 20,000.00
  • Jika peserta dimasukkan ke Wad mana-mana Hospital,Takaful akan memberi elaun sebanyak RM 90.00 sehari. Jika 10 hari, peserta akan dapat RM 900.00.
  • Simpanan peserta apabila matang akan berjumlah RM 12,000.00 dan jumlah ini tidak akan berkurangan walaupun tuntutan kemalangan,penyakit kritikal atau manfaat hospital telah dibuat.

SELEPAS ITU SETIAP 3 TAHUN TAKAFUL AKAN BAGI BONUS SEBANYAK
RM 2,400.00 CEK TERUS DIHANTAR KERUMAH PELANGGAN.

                    
 
             
 
 
 


MANFAAT HOSPITAL - ( MH)

Manfaat Hospital ini mula berkuatkuasa setelah 90 hari dari tarikh permohonan diluluskan sehingga peserta berumur 60 tahun. Tempoh ini dipanggil tempoh bertenang.
  1. Untuk kes kemalangan pula, peserta akan dilindungi serta- merta setelah resit dikeluarkan walaupun baru sehari masuk Takaful.
  2. Tuntutan Manfaat Hospital mesti dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja.Semasa keluar wad, sila dapatkan discharge note yang ada catatan diagnosis penyakit dan isi borang tuntutan wad di pejabat.
  3. Bayaran manfaat hospital akan dibuat melalui cek kepada peserta.Tuntutan yang lebih RM 500.00 mesti ada laporan sakit. Proses cek 1 bulan.
  4. Minima tempoh masuk wad ialah 6 jam dan maksima sepanjang tahun,tuntutan boleh dibuat jika masuk mana-mana wad hospital di Malaysia.
  5. Jika masuk wad disebabkan bersalin, tuntutan tidak boleh dibuat.Jika tumpah darah atau mabuk mengandung, boleh tuntut separuh bayaran.
  6. Had maksima Manfaat Hospital ialah 10 % dari Sumbangan Asas Tahunan atau RM 300 sehari untuk dewasa dan RM 200 sehari untuk juvana, mana yg rendah.


MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL ( CIR )
  1. Melalui Rider ini, peserta akan mendapat manfaat tambahan yang komprehensif setelah disahkan oleh doktor pakar,peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti senarai dalam polisi. Pastikan penyakit minima 30 hari pengesahan baru boleh tuntut dan tuntutan dalamasa 60 hari pengesahan penyakit.
  2. Contoh penyakit kritikal yang dilindungi ialah pembedahan jantung,radang otak, ketumbuhan otak, parkinson, angin ahmar, lumpuh, koma,buta, pekak, barah dan sebagainya.
  3. Jumlah manfaat penyakit kritikal tidak boleh melebihi jumlah manfaat asas dan umor dilindungi bermula 18 tahun sehingga peserta berumor 65 tahun atau mengikut tempoh kontrak, mana yang dahulu.
  4. Tempoh peserta dilindungi adalah antara 6 BULAN sehingga maksima 30 tahun atau sehingga peserta 65 tahun atau sehingga tempoh polisi, mana yang dulu.
  5. Tuntutan cuti sakit boleh dibuat dalam tabung manfaat kemalangan


TUNTUTAN CUTI SAKIT DALAM – (AIR)

1. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 2.50 seminggu.minima 3 hari dan maksima 52 minggu.

2. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 6.00 seminggu jika peserta masuk wad ( hospitalize ).
minima 3 hari dan maksima 25 minggu.

Contoh 1 : (RM 30,000 TANPA MASUK WAD)
AIR = 30 X RM 2.50 = RM 75.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 75.00 = RM 32.14

Contoh 2 : (RM 30,000 HOSPITALIZE)
AIR = 30 X RM 6.00 = RM 180.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 180.00 = RM 77.14

Hanya M.C disebabkan kemalangan sahaja yang boleh di tuntut !!


JADUAL MANFAAT KEMALANGAN :

25 % : Kehilangan seluruh ibu jari dan jari telunjuk pada sebelah tangan.

60 % : Kehilangan seluruh pertuturan

60 % : Kehilangan 2 belah telinga

60 % : Penglihatan sebelah mata.

60 % : Kehilangan 1 tangan atau kaki atas pergelangan

100 % : Penghilangan kedua belah mata.

100 % : Kehilangan 2 tangan atau kaki atas pergelangan.

100 % : Kematian akibat kemalangan


PENGECUALIAN MANFAAT KEMALANGAN :
  1. Tentera atau polis semasa menjalankan tugas atau dalam pesawat tentera.
  2. Kecacatan mental atau fizikal yang sedia ada.
  3. Kecederaan akibat peperangan, rusuhan, gempa bumi dan sebagainya.
  4. Penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.
  5. Membunuh diri atau cubaan membunuh diri.
  6. Terdedah bahan nuklear atau radioaktif.
  7. Komplikasi akibat HIV / AIDS / SIPLIS dan sebagainya.

Sebarang analisis tuntutan akan dinilai oleh pegawai penilai Takaful termasuk doktor panel Takaful dan penyiasat Takaful.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan